Siapa Kami?

Alirfanco Travel & Tours Sdn Bhd (lebih dikenali dengan nama Al-Irfan Travel) dengan nombor pendaftaran syarikat 1033682-V ditubuhkan secara rasmi pada 3 Februari 2013 dan telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat perlancongan terkemuka di Malaysia dan juga di luar negara. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK/LN 7287) dengan kebenaran menjalankan perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara serta tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.

Kami menyediakan pakej Haji dan Umrah, Umrah Ziarah, Upah Haji dan Umrah, Perlancongan Dalam dan Luar Negara, VISA, Tempahan Hotel, Tiket Penerbangan. Kami mempunyai rekod pengendalian perlancongan yang baik sepanjang pembabitan mereka dalam dunia umrah, haji & perlancongan ke seluruh dunia.

Kami percaya, bahawa setiap kita rakyat Malaysia amat memerlukan suatu destinasi untuk merehatkan minda, mendamaikan jiwa, menyegarkan mata dengan berkunjung ke destinasi-destinasi pilihan selepas penat lelah berkhidmat, mencurah tenaga dan bakti saban hari dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Dengan mengutamakan konsep "Islamic Tourism" atau Perlancongan Islam yang bukan sahaja melihat dengan mata zahir tetapi turut menyerap rasa, menghadam suasana yang mampu memantapkan keimanan kita kepada Yang Mencipta alam ini, melahirkan rasa kagum akan kehebatan-Nya dan mampu merafakkan rasa syukur atas segala kurnia dan nikmat yang telah Allah berikan sepanjang hidup ini.

Inilah matlamat seorang Muslim dalam menjelajah dibumi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang pada segala kejadian dan ciptaan-Nya dimuka bumi ini adalah tanda-tanda kebesaran-Nya dan kewujudan-Nya. Pandangan yang dicerap dengan mata hati ini sepatutnya akan melahirkan rasa betapa kerdilnya diri dan seterusnya mengakui bahawa Dialah Yang Maha Besar & Agung.

ALIRFANCO Travel & Tours Sdn Bhd

(Zon Tengah & Selatan)

No. 3, Jalan 3/10, Pusat Perniagaan Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor.

alirfantravel2013@gmail.com

Tel: 03-8733 6246 Fax: 03-8733 7246

HOTLINE +6012-3146246 (Whatsapp/Call)

 

© 2013 by AlIrfanco Travel & Tours Sdn Bhd

  • Facebook Clean

-RANGKAIAN NIAGA HAYAT NETWORK-

ALIRFANCO TRAVEL AND TOURS SDN BHD ADALAH BERDAFTAR DENGAN

logo-berdaftar-dengan-1-768x174.png